Artist Wiki - all about artists


Amy Search
Amy Search pictures
Amy Search biography
Amy Search songs
Amy Search albums
Suhaimi bin Abdul Rahman (lahir: 28 Julai 1958); lebih dikenali sebagai Amy Search) adalah seorang penyanyi rock yang begitu pupular di Malaysia dan Indonesia.
Sejarah
Pada mulanya, Suhaimi bin Abdul Rahman bekerja sebagai seorang seorang penala piano sebelum menyertai Kumpulan Search bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Apabila Zainal meninggalkan Search, Amy menjadi penyanyi utama sebelum dia menarik diri dan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo. Beliau mendirikan rumahtangga yang pertama bersama Faridah, (1983-1985), dan bercerai kemudian berkahwin pula dengan Noorliza Abdul Latiff, (1990-1994). Sekali lagi rumahtangga Amy dilanda krisis dan berpisah lalu Amy mengahwini Roslisa Ahmad, sekali lagi Amy dilanda ujian dalam rumahtangganya membuatkan mereka berpisah lagi hinggalah berjumpa dengan Norish yang berasal dari Singapura kekal hingga kini. Hasil perkahwinan Amy beliau telah dikurniakan 4 orang cahaya mata semuanya iaitu (Nabila Huda (1984), Irisha Myra (1997), Alexander Zulkarnain (2004) dan Sania Samara.
Meninggalkan Kumpulan Search
Kumpulan Search juga tidak lari dari mengalami perpecahan. Paling tidak dapat diterima oleh peminat setia mereka ialah pengunduran Amy sekitar tahun 1996 dari Kumpulan Search membuatkan ramai peminat mereka kecewa kerana waktu itu Kumpulan Search sudah bertapak lebih 10 tahun dalam industri muzik tempatan dan di antara kumpulan rock paling lama bertahan di Malaysia. Amy mengambil keputusan untuk meninggalkan Kumpulan search lalu menerbitkan album solo yang keduanya iaitu Camouflage. Sebelum Amy keluar Search beliau juga pernah merakamkan album solo yang pertama yang di beri judul Magic.
Penyatuan semula
Setelah beberapa tahun bergerak secara solo timbul pula hasrat Amy bersama Kumpulan Search untuk membuat penyatuan semula. Ekoran dari kejayaan Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Awie bersama Kumpulan Wings, Mustaffa Din / Mus bersama Kumpulan May, Joey bersama Kumpulan Bumiputra Rockers, Mael bersama Kumpulan XPDC dan ramai lagi.
Similar Biographies
soul seven;kim wilson / jeffrey wright;bill sims, jr. / g-funk / master.p / aicelle santos / gretchen barreto / soldiers of fortune / spectrals / grupo salvaje / congotronics vs rockers
Copyright © ArtistWiki.com 2009 - 2022 - All Rights Reserved 0.001 - privacy policies | contact